Berpantang dengan bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band dari MAMAWAY

Assalamualaikum/Hai,

Penjagaan bentuk badan dan tulang belakang selepas bersalin atau dalam tempoh berpantang WAJIB dititikberatkan jika kita nak dapatkan semula bentuk badan ideal seperti sebelum bersalin.
Susah tapi kalau kita usaha tak salahkan??

Kat sini saya nak kongsikan bengkung apa yang saya pakai sepanjang dalam tempoh berpantang. Saya juga merupakan ibu yang melahirkan anak ketiga secara pembedahan (c-section). Kalau korang nak tau, cara penjagaan untuk ibu berpantang secara c-section dengan normal banyak berbeza tau. Tak semua bengkung boleh dipakai sesuka hati sebab bahagian pembedahan di sekitar perut kena dijaga rapi dan kena sentiasa kering. kalau silap jaga, makanya infection akan berlaku seperti bekas luka akan berair yang boleh memudaratkan diri ibu yang lepas bersalin.

 

Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Sepanjang proses berpantang, saya hanya menggunakan bengkung dari MAMAWAY ni.. rasa sedap, selesa dan sikit pon tak mengganggu bahagian c-section saya. Yang penting sangat membantu untuk menyusukan anak dan support tulang belakang.

Kelebihan Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band :

Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Uterus Recovery.
Selepas bayi dilahirkan, ruang dalam rahim tetap. Mampatan luar adalah penting untuk mencegah rahim prolapsed dan perut kendor.

Muscle Recovery.
Membantu pemulihan dari pemisahan abdomen, mendapatkan kekuatan kembali ke teras anda dan menstabilkan abdomen dan luka anda selepas c-section. Juga boleh digunakan untuk sokongan belakang semasa menyusu atau membawa bayi anda.

Postpartum Recovery.

Menyokong rahim, perut, pelvis, belakang dan tulang belakang anda dengan menggunakan mampatan pada inti anda dan memegang dinding rahim yang diperluaskan, kulit dan otot yang longgar di tempat pasca semula.

Anti Bacterial.
Mengandungi arang buluh, adalah antibakteria dan secara semula jadi memancarkan sinar inframerah untuk meningkatkan peredaran. Velcro boleh laras sepenuhnya membolehkan anda mengawal sesak ketika velcro melekat di mana-mana pada band. Mengandungi bahan-bahan seperti 57% Nylon, 28% Poliester (Mengandungi Arang Bambu), 15% Getah

Super Breathable.
Senang dipakai hanya dengan 3-langkah, berasa selamat dan tegas. Dua tali pinggang mampatan untuk mengukuhkan kawasan pemulihan utama, memberikan anda garis pinggang segera dan siluet yang licin di bawah pakaian.

Yang paling penting, ada kelulusan TGA (Approved Compression Garment)
Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

saya dah try.
bengkung on point.
pinggang dah back to normal. yeayy!!

So, kalau bakal mommy di luar sana yang masih tercari-cari produk bengkung yang sesuai dan selesa, boleh la cuba bengkung dari MAMAWAY ni tau. Bersalin normal dan c-section, dua-dua boleh pakai. takda masalah dah.

Source: Malaysia Blogger – Mrs Puex

Link: http://mrspuex.blogspot.com/2018/12/berpantang-dengan-bengkung-nano-bamboo.html

SKU: 06889

#postnatalbellybandsarticle