IBU MENYUSU PERLU PAKAI BREAST PAD DAN NURSING BRA DARI MAMAWAY

hai assalammualaikum

Breast Pad Dan Perfect Seamless Nursing Bra Dari Mamaway – Menyusukan anak memang suatu perkara yang indah, tapi satu masa ia juga perkara yang amat menyusahkan jika tidak memakai dua benda yang nad nak kongsi ini. Sebelum tu, pernah tak ibu-ibu mengalami peristiwa, susah nak breastfeeding anak di luar kerana perlu menyelak atau baju dibasahi susu yang banyak kerana bra yang dipakai tidak sesuai atau tidak meletakkan lapik untuk mengelakkan susu dari terkena baju. Nad tau, ramai yang pernah dengar berkenaan nursing bra dan breast pad ni kan. Banyak brand dekat luar sana, tapi pilihan nad ialah Breast Pad Instandry disposable dan Perfect Seamless Nursing Bra. Bagi nad, dua benda ni wajib dipakai untuk ibu yang menyusu bagi memudahkan kerja kita.

 

Perfect Seamless Nursing Bra
Bagi ibu yang menyusu, bra yang dipakai perlulah bersesuaian supaya memudahkan kita hendak menyusukan anak kita. Kalau boleh, semasa menyusukan anak, tak perlu nak selak baju semua, buka dibahagian tertentu sahaja dan terus menyusukan anak. Nursing bra dari Mamaway ni memang menetapi citarasa nad. Nad sangat selesa memakai Perfect Seamless Nursing Bra.

Kalau tengok pada kainnya, diperbuat daripada cotton yang sangat selesa apabila dipakai. Kainnya yang sangat elastik dan tahan lasak serta tidak mudah rosak. Kiranya, kainnya tidak mudak longgar atau kendur. Bra ini merupakan bra anti bakteria dan selamat untuk baby ketika menyusu.

Nursing bra ni dibuat bagi memudahkan ibu yang menyusu, jadi designnya yang mempunyai clip di bahagian bra. Kalau nak menyusu anak, hanya buka klip tersebut dan boleh terus menyusukan anak. Apa ibu-ibu nampak, dia hanya mendedahkan bahagian puting kita sahaja, jadi bahagian sekitar tu tertutup. Klip itu terbuka dengan mudah dengan satu tangan dan kemudian klip kembali dengan mudah dengan HANYA satu tangan. Ini seolah-olah ia akan menjadi satu ciri yang jelas

Bra ni mempunyai padding di bahagian dalam, bagi memastikan ia kekal ditempatnya dan tak lari sana sini. Padding tambahan ni kalau difikirkan ia merupakan satu halangan di antara payudara dan baju , jadi, tiada air susu yang akan terkena di baju.Bestnya, ia merupakan ultra yang boleh memberi pengudaraan pada bra kita dan anti peluh. Kalau korang berpeluh, takdala basah bara korang tu macam bra biasa kita pakai.

Kalau korang nampak, ia mempunyai 4 row extender, yang mana korang boleh adjust, mengikut kesesuian semasa memakainya. Yela, kadang kita nak rasa longgar sedikit, nak rasa ketat sedikit. Jadi kepit je ikut row yang mana. Nursing Bra Mamaway ni bukan sahaja boleh dipakai untuk ibu yang menyusu, malah pakai untuk ibu yang mengandung atau tidak pun boleh. Bahagian cup dia tu, boleh ditarik sehingga 2-3 saiz cawan, menampung payudara kita yang berbeza saiz untuk menyokong dan bentuk yang lebih baik.

Ciri-ciri lain Seamless Nursing Bra Mamaway ni ialah mengandungi Ag + besi perak, menghalang pertumbuhan bakteria, mengekalkan bentuk bra walaupun dibasuh dan paling bagus ia menglakkan kerengsaan atau kerengsaan kulit. Kalau korang nak tau, nusing bra dia Mamaway pernah mendapat Award Winning di Australia.

Korang boleh tengok pelbagai nursing bra yang ada di Mamaway di Nursing bra Mamaway.

Breast Pad Instandry Disposable

Lagi satu yang ibu mneyusu perlu pakai ialah Breast Pad. Sebagai ibu menyusu, korang pernah menghadapi salah satu masalah biasa seperti tidak selesa apabila basah akibat susu yang berlebihan, baju berbau kerana susu sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Sebab tu kita ibu menyusu perlu pakai breast pad. Breast Pad Instandry disposable dari Mamaway memang best.

 

Ni sebab mengapa Breast Pad Mamaway best:-

1) Gentle Touch & Premium Made – BARU & TERPAKAI! Pad penyelenggaraan boleh guna premium, 150% lebih penyerap berbanding sebelumnya. Lapisan atas bernafas tetap kering dan terpisah dari teras walaupun basah, jadi jika puting korang sakit, masih boleh disembuhkan. Inti penyerap super menarik kelembapan dari puting susu serta-merta. Penghalang anti-kebocoran, jalur pelekat yang lebih besar dan dibungkus dengan elok. Keluk yang lembut untuk bersentuhan dengan payudara anda.

2) SILKY SOFT & HYPOALLERGENIC – Sihat lembut, hipoalergenik, membantu menyembuhkan puting & lembut pada kulit sensitif.

3) ULTRA BERBAGAI – Sokongan luar ultra-bernafas tidak akan memerangkap haba, menjadikan anda segar sepanjang hari. Satu keping mendistribusikan kelembapan secara sama rata, tidak akan rumpun dan tetap rata. Teknologi kering segera menarik susu dari permukaan untuk memastikan anda berasa segar dan sihat.

 

4) EXTRA WIDE ADHESIVE STRIP – Panel anti-slip yang lebih luas untuk memastikan pad selamat di tempatnya.

Breast pad ni memang penting sangat. Jadi takdela masalah bau susu dekat baju atau ada kesan susu dekat baju kan. Korang boleh tengok di Mamaway Breast Pad kalau korang berkenan.

Kedua-dua barang ni memang kena ada di list bakal ibu dan ibu menyusu semua..hehe..Untuk keterangan lanjut, taua nak usha barang lain, boleh layari

 

 

Source: Malaysia Blogger – Nadia Johari

Link: https://www.miszrockers.com/2018/10/ibu-menyusu-perlu-pakai-breast-pad-dan.html

SKU: 098811,  098881

#nursingpadsarticle ##seamlessbrasarticle