Memudahkan para ibu

Assalamualaikum

Bila ada bayi atau anak kecil, menjadi satu keutamaan bagi para ibu untuk memberikan keselesaan kepada mereka. Lebih-lebih lagi bayi atau anak yang tidak boleh berenggang sedikit dengan ibunya. Pengalaman saya sebelum ini di mana anak nombor 2 saya kuat melekat dengan saya hingga saya perlu mengendongnya ke mana-mana. Sukar juga mendokongnya sambil membuat kerja rumah.

Tapi, para ibu usah gusar memandangkan Mamaway ada penyelesaiannya. Dengan baby ring sling atau gendongan bayi ini, ibu lebih mudah mengendalikan bayi atau anak kecil mereka malah pantas dapat menyelesaikan kerja di dalam rumah.

Baby Ring Sling Mamaway merupakan satu kaedah atau penyelesaian yang baik bagi para ibu untuk menidurkan anak, mengendong bayi atau anak kecil keluar rumah atau ke pasaraya atau untuk bersiar-siar. Ia juga boleh dijadikan cover ketika menyusukan anak. Maka, ibu tidak perlu membawa terlalu banyak kelengkapan anak. Dengan baby ring sling, bermacam kaedah boleh digunapakai.

Kenapa perlu memilih Baby Ring Sling Mamaway?

1- Material yang bagus.
Didatangi dengan cincin (ring) yang sangat kuat. N66 Double rings tidak mudah memutar, meregang dan membengkok sendirinya.

2- Design yang lebih selamat.
Ia direka berdasarkan teori kedudukan Spread Squat (M&J) di mana ia memberi impak dalam perkembangan kaki semulajadi bayi. Ia selamat digunakan dalam bentuk M-position atau J-position. Terdapat logo pada bahu sebagai tanda keselmatan.

3- Memudahkan kehidupan seharian
Rekaannya untuk memudahkan dibawa ke mana-mana dan mudah disimpan. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai cover ketika menyusukan bayi.

4- Satu saiz untuk satu keluarga.
Sesuai untuk apa jua saiz bayi. Bayi kecil ke besar ke boleh menggunakan baby ring sling ini. Ia juga boleh digunakan untuk anak kecil yang semakin membesar.

Saya juga telah belajar bagaimana untuk menggunakan baby ring sling ini dengan betul. Berpandukan tutorial yang diberikan, setiap langkah ada ditunjukkan samada ada position M atau J mengikut perkembangan bayi masing-masing dan mengikut keselesaan juga.

 


Source: Malaysia
Link: https://jnjikita.blogspot.com/2019/01/baby-ring-sling-mamaway-memudahkan-para.html?m=1
SKU: 059956-F

#babyringslingarticle