Nursing Bra yang selesa dari Mamaway

Assalamualaikum

Bagi setiap ibu yang meyusu badan atau biasa orang kata breastfeeding, mesti akan pening kepala fikir nak cari nursing bra brand apa yang okay dan selesa sambil menyusukan anak. Lagi lagi ibu newbie macam FD ni, hehe 🙈

Walaupun umur Fayyra nak masuk 4 bulan, FD masih lagi mencari nursing bra yang selesa. Yelah, nursing bra yang ada sebelum ni tak berapa nak okay. Bahagian belakang ternaik lah, position tak betul lah, macam macam lagi masalah.

Nasib baik FD jumpa nursing bra yang superb comfy! Nursing bra yang FD nak kongsikan ni dari Mamaway. Kat Mamaway ni jual macam macam tau. Yang pasti barang untuk ibu mengandung dan barangan untuk kegunaan baby lah gitu. Korang boleh tengok kat website Mamaway. Link FD sediakan dihujung entri.

Second Skin Seamless Maternity & Nursing Bra in Stripes

Ianya didatangkan dalam 3 pilihan warna.
Second Skin Seamless
Maternity & Nursing Bra
Orange,blue black and purple.

Walaupun nursing bra ni takde wayar besi untuk support buah dada, ianya masih ada effect lifting tau. Macam pakai push up bra gitu. Haa, faham kan?

Bahagian tepi boleh keluarkan padding dari bra.
Untuk pad bra kena cuci pakai tangan ye, jangan main campak dalam mesin basuh pulak 😂

Ada 4 barisan kancing, cangkuk or hook (taktau nak sebut apa, haha 😂) di belakang. So kalau tetiba rasa macam badan makin kembang ke, tak perlu risau dah lah. Plus, nursing bra ni sangat elastik. Seriously, sebab bra ni ada efek super stretch.

Second Skin Seamless
Maternity & Nursing Bra
Nampak tak efek super stretch?

Sebelum ni FD memang biasa pakai yang ada 2 cangkuk je sebab tak suka lebar lebar ni. Sejak guna nursing bra yang 3 cangkuk, baru lah tau kesan dia camne. Lebih selesa gitu. Dan part yang best tentang nursing bra dari Mamaway ni, kedudukan bra akan kekal sebagaimana awalnya kita pakai. Maksudnya bahagian belakang takkan terangkat naik bila dah lama kita pakai bra. If you know what I mean. Sebab FD biasa sangat ada masalah gitu. Kejap kejap ternaik bra kat belakang badan ni. So jadi tak selesa lah. Nasib baik dah jumpa bra yang memang support payudara dengan elok dan selesa.


#seamlessbrasarticle