PENTINGNYA SET BAJU TIDUR MENYUSU UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum dan salam sayang… Tahniah kepada rakan-rakan yang sedang mengandung ataupun telah bersalin. Teringat pulak kenangan ciktom ketika excited mencari kelengkapan bayi, bersalin dan juga berpantang. Alhamdulillah adik ciktom, yaty banyak membantu bagi senarai keperluan barang ibu dan juga bayi.

Salah satu keperluan untuk ibu selepas bersalin yang yaty suka share ialah baju menyusu jenis selak yang lebih praktikal dan mudah berbanding baju menyusu jenis butang atau zip. Yelah dia dah banyak pengalaman dengan anak dah 2 orang. Jadi ciktom memang suka dapatkan tips-tips atau ilmu mengenai baby dan menyusu dari dia. Lagipun tak segan sebab adik sendiri. Terbalik pulak kan? hihi..

Pada mulanya ciktom rasa macam takde kepentingan sangat nak beli baju tidur (set pajamas) jenis mesra menyusu. Yelah ciktom fikir malam stay kat rumah sendiri je, tak perlu runsing nak menyusu freestyle dan kat mana sahaja.

Tapi ciktom terlupa keadaan tak sama bila berada di kampung bersama ipar duai. Banyak ciktom kena teliti dan oleh sebab tu ciktom ambil keputusan beli Minnie Lollipop Nursing Pajamas brand Mamaway. Comel sangat corak minnie lollipop ciktom pilih ni kan??hehe…

Kasi can ciktom selfie pakai baju tidur cute mute

Pentingnya Set Baju Tidur Menyusu Untuk Ibu Menyusu
Ada kawan ciktom tanya; kenapa penting ibu menyusu pakai baju tidur menyusu? Pakai baju tidur biasa je tak boleh ke? Bagi ciktom memang penting untuk ibu menyusu ada at least satu helai baju tidur menyusu. Of course lagi banyak lagi bagus.

1.Tampil sopan dan menutup aurat
Bila menyusukan bayi dihadapan orang ramai seperti ipar duai, pastinya menimbulkan rasa ketidakselesaan dan malu kerana ada yang beranggapan ianya kurang sopan. Perasaan ini terjadi bila sebahagian badan terdedah ketika ibu menyusu.

Adira tengah menyusu ke baring je tu?

Dengan baju tidur menyusu jenis selak yang direka bukaan khusus hanya pada bahagian dada dapat mengelakkan kejadian bahagian lain terdedah seperti belahan dada atau perut. Selalu orang salah sangka Adira sedang tidur atas riba ciktom, sedangkan sebenarnya Adira tengah menyusu. Hihi..

2.Tidak perlu susah buka/tutup butang atau zip baju
nursing blouse

Kenapa orang cari nursing pajamas? Sudah semestinya mudah untuk dibuka walau hanya menggunakan sebelah tangan je pun boleh. Korang hanya perlu selak je sikit baju tidur tu dan suakan mulut bayi. Siap!

Mudahkan?

Tak perlu nak bersusah buka zip atau butang baju yang kekadang ketat dan perlu guna dua belah tangan. Tambah-tambah lagi anak pulak tengah cranky lapar nakmenyusu,confirm lagi haru jadinya bila lambat bagi susu.

Rekaan baju tidur menyusu (pajamas set) jenis selak, suakan mulut bayi pada bukaan khas di dada dan takkan siapa perasaan sebenarnya korang tengah menyusu anak sambil berborak-borak. Hihi..

3.Mudah menyusu sambil mengendong bayi
Dengan sebelah tangan sahaja untuk selak, korang boleh menyusu bayi sambil mengendong tanpa sebarang masalah. Pergerakan juga lebih pantas tanpa perlu tercari-cari pula nursing cover di dalam beg.

4.Tidak perlu mencari tempat menyusu
Ibu tak perlu mencari bilik atau tempat tersorok bila nak menyusukan bayi korang. Korang boleh bebas menyusu di hadapan orang lain tanpa rasa segan. Tahu jelah bayi kalau menyusu tu agak lama, kalau pergi tidur rumah mertua asyik terperap menyusu je dalam bilik. Apa pulak pandangan diorang nanti. Yelah semua kena jaga adab tingkah laku kan. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Kain Pajamas Set dari Mamaway ini ringan,sejuk dan selesa sangat bila ciktom pakai tau. Material berkualiti ni diperbuat daripada 65% Polyester dan35% Rayon. Penting untuk korang beli kain yang mudah menyerap supaya tetap selesa walaupun berpeluh. Nak jemur pun cepat kering dan kain jenis payah untuk berkedut.

Selain tu, ciktom suka jahitan kemas kemas dan kukuh set baju tidur menyusu ni. Ciktom memang suka teliti bab jahitan sebab serik selalu jahitan baju beli dapat tak kemas. Basuh sekali je terus tertetas jahitan bajunya. Geram je tau!

Korang jangan ingat set baju tidur ni sesuai untuk ibu yang menyusukan anak je tau. Pajamas set ni sesuai untuk ibu mengandung dan juga ibu menyusu. Potongan baju berbentuk A selesa untuk dipakai ibu mengandung tanpa rasa ketat pada bahagian perut. Lagi best ialah seluar ibu mengandung (maternity pants) yang bergetah serta boleh dilaras mengikut keselesaan perut ibu mengandung yang makin membesar.

Potongan A shape baju ni bagi nampak slim sikit bila ciktom pakai. Haha.. Tak rugi tau beli set baju tidur ni serbaguna. Boleh pakai waktu mengandung dan juga selepas bersalin.

Set baju tidur ni ada pilihan lengan panjang dan pendek tapi ciktom memang lagi suka pakai lengan panjang selesa nak tidur sejuk memalam.

Ada banyak pilihan dan design pajamas set yang cantik , so jangan korang rambang mata sudah la nak pilih design yang berkenan. Ciktom memang suka corak Minnie Lolipop ni. Nampak sweet sangat kan?haha…

Tak payah risau, pelbagai saiz dari saiz kecil sehingga plus size iaitu saiz XS hingga XL. Nak buat macam mana kekadang bila mengandung atau bersalin ni memang berat badan biasa naik sekali ganda. Tapi tak perlu pening banyak pilihan saiz untuk yang kurus atau berbadan gempal.hihi..

——

Source: Malaysia Blogger – Cik Tom

Link: http://www.ciktom.com/pentingnya-set-baju-tidur-menyusu-untuk-ibu-menyusu/

SKU: M414170834D1

#lounge&sleepweararticle