MAMAWAY Maternity Support Belt Dapat Mengurangkan Sakit Pinggang

TAHNIAH Seri Wangi ucapkan kepada menantu (Zaza) Seri Wangi yang kini sedang mengandung 3 bulan dua bersalin tahun depan, bertambahlah cucu Seri Wangi nanti. Dan juga kepada mommy-mommy kat luar sana tahniah juga Seri Wangi ucapkan mrngandung dalam tahum ni…tentu happykan? dan tentu rasa tak sabar nak menunggu baby lahir.

Seri Wangi rasa tentu mommy semua ada masalah semasa kandungan semakin membersar bukan? rasa tidak selesa yang amat sangat membawa kandungan yang makin hari makin membesar dan berat, dan mulalah datang bermacam-macam sakit betul tak? Ada rasa sakit belakang?sakit pinggang?sakit bahagian peha dan bawah perut….? Semua tu Seri Wangi dah rasa macam mana rasanya ketika mengandung. Haaa…ada lagi…tidur pun rasa tak lena sebabnya semasa nak tidur terasa perut sakit, pusing salah, pusing kanan salah apa lagi tidur terlentang…tipulah kalau kata tidur boleh lena kan?

MAMAWAY ERGONOMIC MATERNITY SUPPORT BELT

 

Mommy semua jangan risau masalah tu boleh di atas tau…Seri Wangi suggestkan mommy semua mencuba Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt yang dapat membantu mommy semua semasa menghadapi masalah ketika hamil.

Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt ini telah direkomenkan oleh Austalian obstetricians health professionals and physiotherapist seluruh dunia. Keberkesanan bagi mommy yang memakainya seperti:

1. Sakit Pinggang dan tulang belakang – Kebiasaannya apabila ketika hamil dan kandungan mula membesar pastinya mommy akan merasa sakit-sakit pinggang dan belangkang, dengan memakai Maternity Support Belt ianya dapat mengurang dan melegakan sakit-sakit tersebut.

2. Mengatasi Masalah Tidur Malam – Seri Wangi paling stress bila kita nak tidur kan? Memang tak boleh tidur lena sebab apabila kandungan kita makin membesar dan berat pastinya tidak lena kita nak tidur, mengiring ke kira, kejap ke kanan memang tak selesa kadang-kala baby kat dalam bergerak-gerak bukan? Jadi dengan dengan Maternity Support Belt ni juga boleh dipakai sewaktu tidur ianya dapat menampung beban dan meringankan kesakitan dan kegelisahan ketika mommy hendak tidur.

3. Meringankan Beban Kandungan Yang Semakin Memberat – Maternity Support Belt juga dicipta agar dapat menampung bahagian bawah perut mommy yang memberat dan melegakan bahagian belakang pinggang seolah-olah kedua tangan kita menyokong bahagian bawah perut kita naik ke atas.

4. Fabrik dari Papolis® Deep Sea Squalene Fibers – Bagi ibu-ibu yang yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami kegatalan di bahagian perut, jangan risau kerana Maternity Support Belt tidak mendatangkan kegatalan bagi ibu-ibu yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami alahan kulit sebab ianya menggunakan fabrik Papolis® Deep Sea Squalene Fibers dan tidak panas.

Cara guna Mamaway Maternity Support Belt

Source: Malaysia Blogger – Halimah Muhiden
Blogger of Lifestyle, Travel, Health, foodies,Parenting, Products Review, and art. Author for children’s book – Published by Dewan Bahasa & Pustaka

Link: http://www.keunggulanwanita.com/2018/08/mamaway-maternity-support-belt-dapat.html

SKU: A303170993

pregnancybeltvideo