Memberi keseselesaan kepada bayi dalam stroller

Baru-baru ni Diah diberi peluang mencuba liner atau alas untuk stroller jenama Mamaway iaitu 3D Shock Proof Universal Stroller Liner. Stroller liner digunakan untuk memberi keseselesaan kepada bayi kita semasa dia berada dalam stroller. Stroller liner ni penting dan perlu ada terutama untuk bayi yang mempunyai kulit yang sensitif. Selalunya bila kita beli stroller, kadang-kadang alas stroller tu buat bayi kurang selesa bila duduk dalam jangka masa panjang.


Gembira dan Selesa

Banyak je stroller liner yang di jual di kedai dan berbeza jenis semuanya bergantung kepada fungsi dan bahan yang digunakan. Untuk ibu bapa yang sedang mencari-cari stroller liner yang bagus diharap dengan perkongsian Diah ni dapat membantu anda buat pilihan tepat.

Dekat bawah ni Diah kongsi perbandingan yang telah di buat oleh Rozalia Alik di Facebook, perbezaan Mamaway Stroller liner dengan liner yang ada dekat pasaran.
Comparison Stroller Liner

Perbandingan Stroller Liner

Kenapa patut pilih Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner?

3D Shock Proof Universal Stroller Liner

#1 Smart Temperature Regulation

Ibu bapa tak perlu risau lagi dengan perubahan cuaca terutama dekat Malaysia ni kadang-kadang sejuk dan boleh jadi terlampau panas. Stroller liner ni di cipta dengan teknologi yang boleh mengawal suhu pada kulit bayi. Stroller liner ni boleh menyerap, menyimpan dan melepaskan haba bergantung kepada keadaan. Maksudnya bila kulit bayi terlalu panas, ia akan menyerap haba dan menyimpanya dan apabila kulit menjadi sejuk haba akan dikeluarkan supaya bayi selesa dengan persekitaran.

#2 Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria

Kebersihan memang perkara utama yang perlu di titik beratkan sebab bayi paling senang nak dapat penyakit. Stroller Liner Mamaway ni telah lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria dan juga Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201). Nak cuci pun mudah dan boleh di basuh dengan mesin basuh dan cepat kering. Yeay, senang kerja. Tak risau kalau terkena kotoran.

#3 3D Air Mesh

Reka bentuk sokongan 3D yang menyerap hentakan dan ada pengaliran udara yang bagus, jadi bayi tak mudah tergelincir dan lebih selesa bila berada dalam stroller.

#4 Universal Fit

Stroller line ni amatlah ringan dan mudah alih, lepas tu bukan setakat boleh digunakan dengan stroller malah sesuai untuk car seat, bakul bayi, kerusi bayi dan banyak lagi.

 

Kesimpulan

Kalau dulu penggunaan stroller liner adalah satu pilihan tapi bagi pendapat Diah sekarang ia nya dah bertukar menjadi satu keperluan penting dengan keadaan cuaca kita sekarang. Paling penting sebelum nak buat keputusan nak beli barang untuk bayi anda, kena pilih yang dapat beri keselesaan kepada bayi anda. Jadi ibu bapa yang bijak pilih lah yang selesa dan selamat. Semestinya Mamaway Stroller liner ni adalah antara pilihan yang terbaik.

 

Source: Malaysia Blogger — Rodiah Amir
Link: https://www.rodiahamir.com/2018/10/Mamaway-3D-Stroller-Liner-Review.html
SKU: 13404W-F

#pramlinerarticle